CTOS dan Otofacts tawar perkhidmatan periksa rekod kenderaan terpakai dan recon

oleh HEZERI SAMSURI|
CTOS IDS Sdn Bhd, anak syarikat CTOS Digital dan Otofacts, sebuah syarikat tempatan telah melancarkan satu perkhidmatan yang bakal membantu pembeli kenderaan-kenderaan recond dan juga kenderaan terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Platform atas talian ini akan memberi laporan komprehensif untuk kenderaan-kenderaan tersebut yang didaftarkan di Malaysia, Jepun dan UK.

Menurut CEO Otofacts, Shahir Ali, perkhidmatan ini akan membantu konsumer untuk mengetahui keadaan kenderaan itu dengan lebih baik.

Otofacts mempunyai akses untuk rekod-rekod kenderaan dari pelbagai sumber, termasuk dari syarikat lelong kenderaan, syarikat insurans dan beberapa agensi kerajaan.

CEO CTOS, Eric Hamburger juga berkata sebelum ini konsumer mempunyai sedikit atau tidak ada langsung akses untuk rekod-rekod lama kenderaan terpakai.

"Dengan cara ini, kami dapat mengurangkan masalah penipuan dan menjadikan proses pembelian kenderaan terpakai atau recon dengan lebih telus," ujarnya.

Anda boleh mengakses perkhidmatan itu di pautan https://vehiclecheck.ctosids.com