CSR Kawasaki: Gotong Royong Kawasaki Bubur Lambuk Special

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah mengadakan program gotong royong memasak bubur lambuk bertempat di pejabat mereka di Glenmarie, Shah Alam, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program gotong royong Kawasaki Special Bubur Lambuk  ini telah mengumpulkan lebih daripada 50 orang peserta daripada Kelab Pemilik Kawasaki dan rakan media bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai di sekitar Shah Alam. 
 


Bubur lambuk dengan adunan resipi tersendiri daripada staff Kawasaki ini diedarkan kepada rumah-rumah anak yatim, masjid-masjid, balai bomba, balai polis serta pengunjung bazar ramadhan di Bulatan Bazarena Shah Alam. 
 


Pujian harus diberikan kepada para sukarelawan yang telah berjaya bertungkus lumus menyiapkan lebih daripada 2,000 bekas bubur lambuk sejak awal pagi. 
 

 


Turut hadir pada program amal tersebut ialah Pengarah Urusan KMSB sendiri, Dato' Jeffrey Lim yang turut sama membantu dan memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. 
 


Selain daripada edaran bubur lambuk, pihak KMSB turut menyampaikan sumbangan kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan sebagai salah satu daripada program CSR mereka yang akan diteruskan sepanjang tahun ini.

Pihak Kawasaki berharap dengan program sebegini, ia akan menarik lebih banyak syarikat dan orang ramai untuk memberikan sumbangan amal kepada mereka yang kurang berkemampuan. 

Berikut merupakan sorotan gambar Program Gotong Royong Kawasaki Special Bubur Lambuk. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…