Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam Pameran Automotif Tokyo dua tahun lalu, SUV baharu ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.
Toyota sebenarnya perlu menghasilkan model ini untuk berdepan dengan pesaing-pesaingnya seperti Maruti Vitara Brezza, Tata Nexon, Mahindra XUV300, Ford EcoSport dan juga Geely/Proton X50.
Informasi yang diterima juga ialah SUV kecil ini akan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) baharu dan menggunakan enjin 1.0L 3-silinder petrol.
Pasaran Malaysia mungkin memerlukan enjin yang lebih berkuasa seperti enjin 1.5L VVT-i kerana keperluan untuk memandu jauh dan laju di lebuhraya.
Samada ia akan dijual dengan jenama Toyota atau Perodua di sini, itu tidak dapat ditentukan tetapi Careta yakin ia pasti popular kerana enjin yang terbukti lasak, menjimatkan bahan api dan murah untuk diselenggara akan tetap memenangkan hati pengguna.