Honda juga sangat berjaya dan menjadi jenama kegemaran pengguna di sana. Pada tahun 2019, jualan Honda ialah sebanyak 1,450,785 unit. Jumlah itu 0.3 peratus lebih tinggi berbanding 2018.
Model manakah menjadi kegemaran pengguna Amerika Syarikat?
Jawapannya ialah Honda CR-V dengan jualan sebanyak 384,168 unit. Satu keistimewaan CR-V ialah ciri-cirinya yang serba menarik sama ada dari segi reka bentuk, nadi kuasa, keselamatan dan keselesaan.
Apa yang Honda bawa pada CR-V ialah pakejnya yang sempurna. Ciri itu juga boleh dilihat pada CR-V pasaran tempatan.
Di tempat kedua ialah Civic dengan jualan 325,650 unit dan tempat ketiga diduduki oleh sebuah lagi sedan iaitu Accord sebanyak 267,567 unit.
Sebuah lagi model yang popular di kalangan pengguna negara kita iaitu HR-V mencatat jualan 99,104 unit di AS. Honda Fit atau Jazz yang juga popular terjual sebanyak 35,414 unit.
Satu lagi perkara menarik ialah CR-Z masih dijual di sana. Pada tahun 2019, model hibrid sporti itu terjual sebanyak dua unit berbanding 38 unit pada 2018.
Penulis: Muhammad Md Tajudin