COVID-19: Penduduk Jakarta sudah mula balik kampung untuk beraya!

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk kotaraya Jakarta nampaknya sudah mula "mudik" ke kampung di sekitar Pulau Jawa untuk menyambut Hari Raya walaupun kerajaan Indonesia sudah memberi amaran untuk tidak melakukan perjalanan jauh atau melakukan perjumpaan awam.

Ada di antara penduduk itu mengambil peluang di atas kesan COVID-19 untuk balik ke kampung kerana perniagaan yang merosot atau pejabat mereka yang diarah untuk tutup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabernor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo berkata beliau menerima laporan-laporan dari ketua daerah-daerah bahawa ramai penduduk Jakarta sudah mula membanjiri kawasan-kawasan mereka baru-baru ini.

"Di Jepara, sebanyak 44 buah bas tiba dari Jakarta membawa penduduk pulang ke kampung masing-masing," lapor Ganjar.

Ganjar merayu penduduk-penduduk di Jakarta agar tidak pulang ke kampung masing-masing. 

"Untuk yang tinggal di Jawa Tengah pula, jangan melawat sanak saudara di Jakarta," sambungnya.

Agensi Pengangkutan Jakarta dan Ketua Pengarah Pengangkutan Darat sudah pun membatalkan program Idul Fitri Mudik untuk tahun ini.

Namun begitu, Kementerian Pengangkutan untuk negara Indonesia masih tidak pasti samada program Mudik Idul Fitri perlu dilarang atau tidak.

* Berita asal dari Jakarta Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…