Menurut seorang dermawan yang menghubungi Careta, syarikat plastik Arita itu dapat menghasilkan alat tersebut seperti yang diminta oleh hospital-hospital sebelum ini.
Beliau juga berkata pusat-pusat kesihatan kecil turut memerlukan alat tersebut.
Beliau yang telah menderma beberapa unit kepada hospital-hospital tempatan berkata harga alat tersebut di bawah RM300 seunit.
Kotak aerosol ini dicipta oleh Dr Lai Hsien Lung dari Taiwan dan beliau telah berkongsikan rekabentuknya di media sosial.
"Kotak aerosol ini adalah buatan tempatan dan ia juga menggunakan bahan-bahan tempatan," ujarnya melalui Whatsapp. Ia juga kuat dan menggunakan bahan bermutu tinggi agar tahan lasak.
Kami juga diberitahu bahawa kotak aerosol dari Perai ini telah diuji dan diperbaiki rekabentuknya, hasil dari nasihat pakar-pakar dari sebuah hospital universiti terkenal di Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang mahu membeli alatan ini, di bawah ialah laman web syarikat Arita Plastics.
http://www.aritaplastic.com/index.php
Nasihat kami, hubungi dahulu pihak hospital atau pusat kesihatan sebelum menderma kerana mereka mungkin sudah mempunyai alat itu.