COVID-19: Kaunter JPJ dibuka khusus untuk kenderaan perdagangan bermula Rabu ini

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunternya bermula Rabu ini untuk urusan kenderaan perdagangan sahaja.


JPJ dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun menjelaskan, perkhidmatan kaunter itu tidak membabitkan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.


Bagi pemandu kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (Vokasional dan Lesen Memandu Malaysia) masih berkuat kuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

"JPJ akan membuka khidmat kaunter pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari dan membabitkan urusan pembaharuan lesen kenderaan perdagangan dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman.

 

"Bagi urus niaga di kaunter membabitkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan keputusan kerajaan mengenai PKP," katanya.

 

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang berurusan di kaunter JPJ wajib mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan, sekali gus memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan.

 

Justeru, orang ramai digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment.

 

 

epayment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…