Costa Coffee lancarkan kopi layan diri di Shell Select

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Costa Coffee yang merupakan jenama kopi kedua terbesar di dunia kini telah melancarkan servis kopi layan diri di stesen minyak Shell.

 

Konsep kopi layan diri Costa Coffee ini telah diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang masyhur dengan kereta model Ferrari klasiknya.

 

Coffee Costa

 

Pelancaran ini juga bakal menyaksikan 200 lagi Costa Coffee akan dibuka di cawangan-cawangan Shell Select dalam tempoh 12 bulan akan datang.

 

“Shell mengutamakan kepuasan para pelanggan kami, dan kami bermatlamat untuk memastikan perjalanan hidup mereka lebih mudah tanpa perlu bimbang ketika berada di atas jalan raya. Gabungan mantap Shell dan Costa ini memang mantap untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.

 

Coffee

 

Menu dan senarai harga Costa Coffee:

Cappuccino RM10

Latte RM10

Hot Chocolate RM10

Iced Latte RM11

Iced Cappuccino RM11

Untuk senarai kafe layan diri di Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select, sila layari shell.com.my/costacoffee

 

coffe costa