ContiConnect: sistem TPMS skala industri daripada Continental

oleh Mohamad Hanif|
Bagi meningkatkan kadar kecekapan memantau dan menyelesaikan masalah penyelenggaraan tayar kenderaan syarikat, Continental hadir dengan satu solusi canggih menerusi ContiConnect tire pressure monitoring system (TPMS).

ContiConnect merupakan satu inisiatif sistem pemantauan tekanan tayar secara digital daripada syarikat pembuat tayar terkemuka itu bagi memudahkan pengurus kenderaan syarikat (lori khususnya) memantau tahap kesihatan tayar kenderaan mereka melalui satu laman khusus.

Ini bakal menjimatkan masa penyelenggaraan di samping mengurangkan lagi kos kerugian operasi akibat tahap kesihatan tayar yang kurang memuaskan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pelancaran sistem pemantauan tekanan tayar digital itu bertempat di Pusat Konvensyen Setia City. Menurut Philippe Barabinot, Ketua Pemasaran dan Jualan, "kami telah menjalankan beberapa ujian percubaan bertempat di Malaysia dan Thailand dan keputusan yang diperoleh amat memberangsangkan."

"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan ContiConnect sebagai satu penyelesaian dalam usaha mengurangkan kos operasi dan meningkatkan tahap kecekapan barisan kenderaan sesebuah syarikat," tambah beliau.

Sistem pemantauan ContiConnect menggunakan sensor bagi mengesan kekurangan tekanan di dalam tayar. Sistem sensor yang dipasang pada tayar akan mengesan tahap suhu operasi dan kesihatan tayar seterusnya menghantar isyarat melalui rangkaian selular kepada laman web ContConnect.

Dengan ini, kadar kerosakan kenderaan akibat kegagalan tayar berfungsi dapat dikurangkan dengan lebih awal menerusi amaran daripada sensor tayar tadi.

Selain menjimatkan kos penyelenggaraan, kadar tekanan tayar yang baik juga mampu memberikan kadar penjimatan bahan api yang cekap di samping memanjangkan lagi hayat penggunaan tayar. 

Ini sekaligus menjamin tahap keselamatan pengguna di atas jalan raya. 

Bukan sekadar sistem TPMS, ContiConnect juga berupaya mencegah kecurian kenderaan yang sering berlaku. Data yang dihantar oleh sistem ini boleh diakses menerusi masa nyata, seterusnya memudahkan kerja pemantauan terhadap barisan kenderaan dijalankan.

 

 

Pihak Continental menawarkan barisan produk TPMS yang bersesuaian dengan saiz operasi sesebuah syarikat. Sistem ini boleh dipasang dengan mudah dan pemandu juga boleh memantau keadaan tekanan dan suhu tayar menerusi paparan beserta amaran awal sekiranya sistem mengesan perubahan pada tayar.

Menerusi kepakaran Continental selama lebih 100 tahun di dalam industri ini, Continental berharap dengan pengenalan sistem pintar TPMS ContiConnect ini mampu mengurangkan kos operasi sesebuah syarikat dan meningkatkan tahap keselamatan barisan kenderaan mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental…