CIMB tawar faedah terendah untuk kenderaan hibrid, hartanah GBI

oleh Mohamad Hanif|
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menawarkan kadar pembiayaan lebih rendah bagi kenderaan hibrid baharu dan hartanah kediaman yang mendapat persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Kawasaki Legend Reborn

Pelanggan akan ditawarkan kadar faedah 10 mata asas (0.10%) lebih rendah bagi kenderaan hibrid baharu selain hartanah kediaman yang mendapat persijilan GBI.
 


Tawaran berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen CIMB Group untuk menggunakan prinsip kemampanan di peringkat kumpulan, sambil menyokong inisiatif global bagi perbankan bertanggungjawab, melalui keanggotaannya di dalam Program Alam Sekitar Prinsip Inisiatif Kewangan bagi Perbankan Bertanggungjawab (UNEP-FI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

CIMB Group ketika ini adalah satu-satunya kumpulan perbankan di Malaysia dan ASEAN yang menjadi anggota pengasas inisiatif mampan itu, bersama 26 bank-bank utama lain daripada lima benua dan 19 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pelanggan Kumpulan CIMB Group, Samir Gupta, berkata sebagai sebuah bank universal utama ASEAN, kedudukan serantau yang teguh bukan hanya mewakili kekuatannya, malah tanggungjawab untuk membantu membentuk agenda alam sekitar rantau ini melalui perbankan bertanggungjawab.

“Kami gembira menjadi bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kadar pembiayaan lebih rendah bagi kenderaan dan hartanah yang mesra alam sekitar, satu bukti bahawa kami meletakkan komitmen ESG sebagai keutamaan.
 


“Ini satu lagi langkah signifikan ke arah memenuhi komitmen CIMB meletakkan ESG di dalam model perniagaan kumpulan, dan kami berharap dapat memperkenalkan lebih banyak produk serta perkhidmatan yang memberikan impak lebih positif terhadap alam sekitar dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam CIMB Group, Rafe Haneef, berkata produk perbankan dengan pembiayaan lebih rendah itu bukan hanya menambah nilai kepada pelanggan, malah satu langkah bermakna untuk memenuhi komitmen kumpulan mencapai matlamat UNEP-FI bagi memastikan industri perbankan mewujudkan impak positif bukan hanya dari segi ekonomi, malah dari segi sosial dan alam sekitar.

Sumber: Berita Harian

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Plaftorm terbaharu ini menawarkan perkhidmatan kelulusan pinjaman yang pantas, selamat dan urusan…