CIMB lancar CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™

oleh Mohamad Hanif|
CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad semalam memperkenalkan sebuah platform digital yang meluluskan pembiayaan automotif di dalam masa hanya satu minit iaitu CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™.
Kawasaki Legend Reborn

Plaftorm terbaharu ini menawarkan perkhidmatan kelulusan pinjaman yang pantas, selamat dan urusan tanpa kertas secara atas talian sepenuhnya yang melibatkan pengesahan cap jari biometrik.

CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™ ini mampu mengurangkan masa menunggu para pelanggan di dalam proses membeli sesebuah kereta. 

Perkhidmatan ini turut terbuka kepada semua jenis kenderaan tidak kira baru mahupun yang terpakai. 

Menurut CEO Group Consumer Banking, CIMB Group, Samir Gupta berkata, "CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™ ini merupakan perkhidmatan yang terpantas di pasaran, bukan sekadar cerminan kepada komitmen kami di dalam inovasi teknologi, malah ia merupakan satu pencapaian CIMB di dalam menyediakan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan."

Perkhidmatan CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™ boleh didapat di pusat pameran yang terpilih, jerayawara dan pusat jualan kenderaan terpakai yang terpilih. 

Terdapat tujuh rakan perniagaan yang turut menggunakan platform CIMB 1-Minute Auto Financing InstaApproval™ ini termasuklah: 

  • Cycle & Carriage Bintang Berhad
  • Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd
  • Honda Malaysa Sdn Bhd
  • Ingress Auto Malaysia Sdn Bhd
  • Perodua Sales Sdn Bhd
  • Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd
  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd

Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini boleh dirujuk menerusi laman web www.cimbbank.com.my/insta
www.cimbislamic.com.my/insta-i

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan akan ditawarkan kadar faedah 10 mata asas (0.10%) lebih rendah bagi kenderaan hibrid…