Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dari syarikat tersebut, syarikat itu menjual CHR terpakai itu dari harga bermula pada RM176,000, jauh lebih mahal dari harga model CHR baharu yang akan dilancarkan oleh pengedar rasmi jenama itu, UMW Toyota.
Menurut siaran akhbar yang dihantar kepada Careta, MyMotor langsung tidak menyebut ia adalah model terpakai dan juga tidak ada sebarang notis akan waranti. Paling menarik, ia ditulis seolah-olah mereka adalah pengimport rasmi Toyota.
Ini menunjukan bahawa agensi kerajaan seperti Malaysia Automotive Institute (MAI) dan pihak kastam serta KPDNKK harus memantau dengan lebih ketat akan aktiviti penjual kenderaan AP terpakai kerana jika mereka boleh mencuba untuk memesongkan media, bayangkan apa yang bakal 'digoreng' kepada pelanggan di dewan pameran mereka.