China tawar kemasukan tanpa visa untuk warga Malaysia, Eropah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
China akan mengecualikan warganegara Malaysia, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol daripada mendapatkan visa untuk melawat negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Usaha itu dilakukan bagi meningkatkan pelancongan pasca pandemik di negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap kementerian luar berkata, bermula 1 Disember hingga 30 November tahun depan, rakyat enam negara itu yang memasuki China untuk perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara dan rakan-rakan atau transit kurang daripada 15 hari tidak akan memerlukan visa.

China mengambil beberapa langkah termasuk memulihkan laluan penerbangan antarabangsa bagi menghidupkan semula sektor pelancongannya selepas tiga tahun dasar ketat Covid-19 menutup sempadannya dengan dunia luar.

Kerajaan juga sedang berusaha membina semula imejnya di seluruh dunia selepas bertelagah dengan banyak negara Barat dalam pelbagai isu termasuk Covid-19, hak asasi manusia, perdagangan serta konflik di Taiwan.

“Keputusan ini akan memudahkan perjalanan ke China bagi ramai warga Jerman ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami berharap kerajaan China akan menggunakan langkah-langkah yang diumumkan itu kepada semua negara anggota Kesatuan Eropah (EU),” kata Duta Besar Jerman ke China, Patricia Flor melalui platform media sosial X.

Perjalanan bebas visa ke Jerman untuk warga China hanya boleh dilakukan jika semua ahli Perjanjian Schengen Eropah bersetuju dengannya.

Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew di 24 negara baru-baru ini mendedahkan, pandangan terhadap China pada umumnya bersifat negatif dengan 67 peratus orang dewasa menyatakan pandangan yang tidak baik.

Lebih separuh daripada responden berkata, China campur tangan dalam hal ehwal negara lain dan tidak mengambil kira kepentingan mereka.

Ketua Perdagangan Asing Dewan Perniagaan dan Industri Jerman (DIHK) memuji pengumuman pengecualian visa sementara itu sebagai isyarat penting yang boleh meningkatkan pertukaran pelancong dan ekonomi.

Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna yang berada di Beijing berkata, pengumuman baharu itu sangat baik dan bertepatan dengan lawatannya untuk bertemu rakan sejawatnya, Wang Yi.

 

Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
Langkah itu juga sejajar dengan pengumuman baru-baru ini mengenai kelonggaran sekatan perjalanan…