Chevrolet Colorado kini dengan 3 edisi terbaru yang lebih ganas!

oleh DIANA ISMADI|

Naza hari ini telah memperkenalkan tiga varian terbaru Chevrolet Colorado iaitu edisi Colorado X, Colorado X Urban dan Colorado X ADV.

 

Ketiga-tiga varian ini dikuasakan oleh enjin 2.5L Duramax turbodiesel dengan variable geometry turbo (VGT). Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 180hp pada 3,600 rpm dan 440 Nm pada 2,000 rpm serta dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik atau manual. Kesemua varian turut datang dengan ciri infotainmen dengan Apple CarPlay, tempat duduk balutan kulit

 

Colorado X ditawarkan pada harga bermula dari RM113,248.28 (tanpa insurans), hadir dengan kemasan hitam dan rim 18 inci berwarna hitam.

 

Colorado X
Colorado X
colorado

 

Colorado X-Urban pula ditawarkan pada harga RM131,798.28 (tanpa insurans), hadir dengan logo Chevrolet hitam, rim 20 inci dengan tayar "highway terrain" (HT) serta kemasan fender hitam

 

Colorado

 

colorado

 

 

Colorado X-ADV ditawarkan pada harga RM145,578.28 (tanpa insurans), hadir dengan kemasan hitam dan rim 16 inci dengan tayar "mud terrain" (MT), 

 

Colorado

 Kesemua varian datang dengan jaminan selama lima tahun atau 200,00km. 

 

Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan untuk kesemua varian:

  • Electric Power Steering (EPS)
  • Traction Control System (TCS)
  • Panic Brake Assist (PBA)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Hill Descent Control (HDC)
  • Hill Start Assist (HAS)
  • Dua beg udara dan beg udara bahagian lutut untuk pemandu
  • Lane Departure Warning
  • Pengesan hujan automatik
  • Auto headlamp
  • Front-park assist

 

Kepada anda yang berminat, anda kini boleh lawati bilik pameran Chevrolet di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-2 (24389) atau lawati www.chevrolet.com.my

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Naza Bikes Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia kini telah…
Berita Domestik
Victory kini menawarkan tawaran-tawaran hebat untuk pelbagai model mereka sempena pesta jualan…
Pelancaran Motosikal
  Bersempena dengan pelancaran Naza Autofest hari ini, Naza Primera telah memperkenalkan satu lagi…