Chevrolet Camaro Collector’s Edition - Edisi istimewa terakhir Camaro generasi keenam

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Mac tahun ini, produksi Chevrolet Camaro generasi keenam dilapor akan dihentikan pada penghujung tahun 2024, sekaligus menambahkan lagi kekecewaan golongan petrolhead di era kebangkitan EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi meraikan penamatan Camaro generasi keenam itu, Chevrolet akan memperkenalkan Camaro edisi istimewa dan terakhir iaitu Collector’s Edition.

Camaro Collector’s Edition akan menampilkan warna luaran yang unik untuk memperingati kod nama Panther asal model itu, dimana ia akan ditawarkan untuk varian LT/RS, LT1, SS dan ZL1 di Amerika Utara.

 

2

 

Khusus untuk varian Camaro ZL1 Collector’s Edition pula, Chevrolet hanya akan menghasilkan sebanyak 350 unit, yang menampilkan warna luaran Panther Black Matte, dimana ia merupakan warna matte pertama yang ditawarkan pada Camaro dari kilang.

Ia turut menampilkan splitter hadapan dan spoiler belakang dari varian ZL1 1LE, serta angkup brek yang dicat dengan warna merah.

Pada bahagian dalaman, Camaro ZL1 Collector’s Edition turut menerima lencana nombor siri binaan pada stereng.

 

3

 

Camaro Collector’s Edition bagi varian LT/RS, LT1 dan SS pula sedikit berbeza daripada ZL1, dimana ia menampilkan warna luaran Panther Black Metallic Tintcoat dan jalur aksen hitam satin.

Ketiga-tiga varian itu dilengkapi set rim warna hitam satin bersaiz 20 inci, serta splitter hadapan dari varian 1LE dan spoiler belakang dari ZL1.

Antara yang menarik, pembeli ZL1 Collector’s Edition juga akan menerima jam tangan Canfield Sport 44mm jenama Shinola, dimana ia menampilkan nombor siri yang sepadan dengan lencana pada stereng.

 

4

 

Tempahan bagi Camaro Collector’s Edition akan bermula bermula pada 15 Jun, dimana ia akan tersedia pada lewat musim panas 2024.

Bermula dari varian paling rendah, Camaro 1LT Collector’s Edition akan ditawarkan pada harga bermula dari USD39,440 (RM181,719), diikuti oleh LT1 dengan harga USD47,385 (RM218,326).

Camaro 1SS Collector’s Edition pula berharga USD49,890 (RM229,868), dan varian tertinggi ZL1 Collector’s Edition ditawarkan pada harga USD88,690 (RM408,639), bersama tambahan USD14,995 (RM69,089) untuk pakej tambahan.

 

price list

 

Baca: Generasi keenam Chevrolet Camaro bakal ditamatkan