CFMoto 650MT - motosikal ADV yang bakal muncul di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|

CFMoto, satu jenama dari China yang sedang naik kerana model-model 650 cc mereka yang menggunakan rekabentuk Eropah bakal muncul di Malaysia dengan motosikal genre Adventure (ADV) baharu mereka, 650MT.

CFMoto menggunakan khidmat Kiska Design (syarikat yang membantu KTM menghasilkan rekabentuk motosikal mereka sejak tahun 1992) untuk model 650MT. Ditambah dengan lampu-lampu LED, memang ia nampak canggih.

 

Enjin pula ilah dari jenis 649.3cc kembar selari, sejukan cecair, DOHC, 8 injap dan EFI jenis Bosch menghasilkan 55.7 hp pada 9,500 rpm dan 62 Nm pada 7,000 rpm.

Roda 17-inci depan belakang disambung kepada fork terbalik USD dengan jarak perjalanan 140 mm (hadapan) dan lengan ayun besi lengkap dengan monoshock.

Brek hadapan ialah sepasang cakera 300 mm dengan kaliper dua piston lengkap ABS. Brek belakang ialah brek cakera 240 mm tunggal, juga dengan sistem ABS dari Continental.

 

Motosikal adventure seberat 213 kg ini dilengkapi dengan sepasang pannier Shad sebesar 32-liter setiap satu. 

Tangki bahanapi ialah 18 liter dan didakwa mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 400 km.

Dari sumber Careta, sebuah syarikat terkenal dari Pulau Pinang bakal melancarkannya pada suku pertama tahun ini dan dari pengalaman kami, ia akan dipasang di kilang mereka di sana.

Careta pasti dengan bentuk yang cantik dan harga yang murah, akan ada ramai pembeli di Malaysia yang berjiwa kental untuk mengambil risiko jenama baharu.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pameran Motosikal Istanbul menjadi lokasi pilihan Bajaj untuk mempamerkan varian terbaharu…
Telah Diuji
Tahun lalu, syarikat Jerman itu melancarkan siri G 310, model dengan enjin 313 cc dan dipasang oleh…
Berita Global
Dipertontonkan semasa pameran EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, tidak ada lagi spesifikasi…