CEO Proton Holdings lepaskan jawatan untuk pelan baharu DRB-HICOM dan Zheliang Geely Holding Group

oleh Muhammad Md Tajudin|

Sebelum ini agak riuh di medsos (media sosial) tentang Proton bakal menerima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu. 

Jawapan yang sahih ialah, iya, atau lebih tepat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) bakal diterajui oleh CEO baharu susulan pelepasan jawatan oleh Dato' Ahmad Fuaad Kenali sebagai CEO Proton Holdings Berhad (PHB) berkuatkuasa 30 September 2017.

PONSB walau bagaimanapun tertakluk kepada syarikat induk iaitu Proton Holdings Berhad yang diterajui oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato' Sri Syed Faisal Albar.

Berita ini dengan beberapa maklumat lain telah diberikan kepada pihak media sebentar tadi. Berikut ialah konten dalam siaran media yang dihantar oleh DRB-HICOM.

Perkembangan terkini pasca perjanjian muktamad Zheliang Geely Holding Group (ZGH)

  • DRB-HICOM dan ZGH sedang memuktamadkan transaksi yang telah dimeterai
  • Kedua-dua firma sedang memperincikan pelan perniagaan baharu bagi Kumpulan Proton
  • Pelan itu mengandungi hala tuju untuk Kumpulan Proton pada tahun-tahun akan datang
  • Pelan itu turut meliputi strategi untuk kedua-dua syarikat menghasilkan kenderaan baharu bagi pasaran global

Syarikat Utama dan Lembaga Pengarah

  • Sedia maklum, DRB-HICOM dan Geely Holding masing-masing memegang 50.1% dan 49.9% kepentingan dalam Kumpulan PROTON 
  • Kumpulan PROTON dibahagikan kepada tiga entiti utama iaitu; PROTON Holdings Berhad (PHB), Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) dan PROTON Edar Sdn Bhd
  • PONSB ialah 100% anak syarikat PHB yang berfungsi sebagai syarikat pengeluar, operasi, pembuatan dan pemasaran utama 
  • PROTON Edar Sdn Bhd juga 100% anak syarikat PHB, yang berfungsi sebagai pengedar utama PROTON.
  • Bagi ketiga-tiga syarikat tersebut, DRB-HICOM mempunyai satu kerusi tambahan di peringkat Lembaga Pengarah, menyamai pegangan 50.1% yang dimiliki DRB-HICOM.
  • Apabila transaksi dimuktamadkan kelak, satu pengumuman akan dibuat berkaitan komposisi lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut.
  • Ketiga-tiga syarikat ini akan mempunyai wakil daripada DRB-HICOM dan Geely Holding.

Pentadbiran hal ehwal PROTON:

  • Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato' Sri Syed Faisal Albar akan meneruskan peranan utamanya sebagai Pengerusi keseluruhan PHB.
  • Syed Faisal berperanan untuk memastikan kerjasama ini dapat mencapai matlamatnya dan akhirnya, memberikan pulangan pelaburan kepada pemegang-pemegang saham, iaitu DRB-HICOM dan Geely Holding.
  • Dato' Ahmad Fuaad Kenali akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PHB berkuatkuasa 30 September 2017. 
  • Fuaad bakal memegang peranan yang lebih besar dengan salah sebuah syarikat berkait dengan kumpulan

Geely Holding akan menamakan CEO baharu PONSB

  • Selain pelaburan didalam Kumpulan PROTON, Geely Holding akan berkongsi kepakaran mereka dalam pengeluaran, operasi, pembuatan dan pemasaran, terutamanya di PONSB.
  • Apabila transaksi pelaburan selesai, Geely Holding akan menamakan seorang calon yang sesuai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di PONSB.

Pengekalan pengurusan tinggi PONSB dan Proton Edar 

  • DRB-HICOM mengumumkan Dato’ Mohd Radzaif Mohamed akan meneruskan peranannya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB.
  • Abdul Rashid Musa, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd pada Februari 2017, juga akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pusat pengedaran syarikat.

DRB-HICOM dan Geely Holding menandatangani Perjanjian Dasar pada 24 Mei 2017 untuk membolehkan pembuat kereta China itu menjadi rakan strategik asing PROTON. Pada 23 Jun, kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Muktamad di Kuala Lumpur, disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Saga dan Persona paling diminati  
Berita Domestik
Kajian yang dilakukan oleh JD Power baharu ini membuktikan Proton benar-benar melakukan perubahan…
Berita Global
  Proton Saga dengan harga dari serendah RM35,590.26 terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.…