Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sudah pun mengambil maklum berkenaan masalah yang menimpa segelintir pengguna Perodua.
“Masalah ini datangnya daripada pembekal aftermarket, dan bukannya pembekal OEM. Jadi kami telah pun berbincang dengan pembekal alat ganti tulen itu tadi untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk menangani masalah ini.
Menurutnya lagi, disebabkan masalah kapasiti pembekalan, pengeluar OEM tidak dapat membekalkan komponen tersebut untuk pasaran aftermarket.
“Kita dah bincang dengan mereka (pembekal OEM) untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran supaya mereka juga dapat membekalkan komponen tersebut untuk pasaran aftermarket.
Perodua juga berharap pengeluar alat ganti aftermarket sedia ada dapat meningkatkan kapasiti produksi serta menambahbaik kualiti pengeluaran.