CEO Lexus dedah sebab kenapa syarikat kereta mewah itu masih tidak menawarkan kenderaan elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda perhatikan trend dunia semasa ketika syarikat pengeluar yang lain berlumba-lumba untuk menawarkan versi tersendiri kenderaan elektrik kepada pasaran umum, jenama dari Jepun ini dilihat masih lagi 'berdegil' untuk mengikut pilihan majoriti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh Autocar bersama CEO Lexus, Yoshihiro Sawa menyatakan bahawa para pengeluar tidak seharusnya bergantung harap pada sistem pacu kuasa elektrik sepenuhnya dan perlu memikirkan kesan sampingan terhadap alam sekitar. 

 


"Falsafah kami adalah untuk memberikan kebebasan pergerakan kepada orang ramai, dan untuk itu kami bangunkan teknologi yang bersesuaian," ujar Sawa. 

"Satu sebab mudah, kenderaan elektrik tidak akan memenuhi kehendak semua!" tegas beliau. 

Sawa memberikan satu contoh mudah bagaimana Land Cruiser tidak seharusnya dikeluarkan dalam versi elektrik disebabkan sesetengah penduduk dunia yang tidak mempunyai akses kepada tenaga elektrik masih lagi memerlukan teknologi konvensional Land Cruiser. 

"Ia lebih kompleks daripada pendekatan retorik sesetengah pengeluar, dan kami (Lexus) lebih gemar pendekatan yang jujur, dan paling penting, kami tidak mahu menghasilkan produk yang membosankan," ujar beliau mengakhiri bicara. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…
Berita Global
Menurut laporan Forbes yang memetik kata-kata eksekutif Toyota, syarikat itu sedang merancang untuk…
Berita Global
  Kembali ke TAS 2024, Lexus menjadikannya sebagai kenderaan yang boleh dibeli orang ramai…