"Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta dan tugas syarikat motosikal ialah untuk menjadikan motosikal elektrik berfungsi dan menjadi idaman ramai."
Allen berkata adalah lebih mudah untuk menjual sesuatu yang didambakan, contohnya satu produk yang premium dan terbaik.
Dalam kes motosikal elektrik, ia perlu menjadi produk yang lebih baik dari motosikal enjin biasa.
Untuk model RevoNex dari Kymco, ia akan menggunakan transmisi 6-kelajuan dengan quickshifter dan "autoblipper". Ini bermakna walaupun ia elektrik, anda boleh menukar gear seperti sebuah superbike.
"Tapi jika anda mahu, anda boleh masuk gear tiga dan tunggang motosikal elektrik ini seperti sebuah skuter (tidak perlu tukar gear)!," tambah Allen.
"Ramai yang melihat motosikal elektrik dan teruja tetapi tidak ada yang mahu membelinya. Kami cuba untuk mengubah situasi tersebut.
"Teknologi memang sukar dijual tetapi lebih sukar lagi ialah untuk menjual perubahan minda," kata Allen.
Memang benar kerana penggunaan kenderaan EV memerlukan perubahan pada cara penggunaan kenderaan dan ada batasan yang berbeza.