CEO Ford dipecat?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak ada satu pun syarikat pengeluar kenderaan Amerika Syarikat (US) yang berjaya menarik perhatian pelabur.

Akibat itu, pelbagai perubahan dalam pengurusan syarikat telah dilakukan. Ada yang drastik, ada yang tidak tetapi syarikat di US memang tidak ada dasar kasihan atau pilih kasih - sesiapa yang tidak berjaya menaikan prestasi syarikat akan dibuang.

Terbaharu, Forbes melaporkan bahawa CEO Ford, Mark Fields mungkin akan dipecat dari jawatannya.

Fields telah menjadi CEO sejak tahun 2014 dan mesyuarat terakhir dikatakan melihat Pengerusi Syarikat, Bill Ford dan ahli lembaga yang lain hilang keyakinan akan kebolehan Fields.

Fields cuba mengubah halatuju Ford kepada sebuah syarikat yang memberi fokus kepada aplikasi mobil, kenderaan pandu kendiri (autonomous vehicles) dan program ride-sharing dan juga penghasilan Ford GT baharu.

Namun begitu, Ford di bawah Fields turut melihat penurunan saham Ford sebanyak 40 peratus (menurut Forbes dan Journal) dan seramai 1,400 pekerja diberhentikan di seluruh dunia untuk menurunkan kos agar Ford mampu melabur di dalam teknologi.

Dunia automotif sememangnya sangat kompetitif dan tidak mempunyai ruang untuk sentimen seperti politik dan sifat belas kasihan.

Rasanya rakyat Malaysia lebih arif akan fakta itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…