Shafriman yang menjadi CEO baharu SIC bermula 8 April lalu menerangkan bahawa SIC tetap perlu berbincang dengan pihak kerajaan kerana kos penganjuran F1 memang tinggi dan wang yang dilaburkan perlu berbaloi untuk kerajaan dan juga peminat sukan itu.
Buat masa sekarang, SIC sedang melihat strategi perniagaan untuk menjana pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
SIC juga sedang mengkaji kolaborasi bersama pihak-pihak yang berminat untuk penganjuran sukan bermotor secara virtual dan juga untuk menganjurkan acara secara bertutup tanpa kehadiran peminat, sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ramai dalam tempoh enam bulan.
SIC masih menjadi satu-satunya litar utama untuk penganjuran sukan bermotor di Malaysia.