CDI pada motosikal. Apa dia CDI?

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk motosikal yang dibuat selepas tahun 1980, pastinya sudah dilengkapi dengan satu kotak hitam dengan beberapa utas wayar terkeluar darinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kotak tersebut dipanggil CDI, dan kerap juga ada mekanik atau pomen yang berkata motosikal anda mempunyai masalah CDI.

Di sini kami terangkan secara ringkas apa itu CDI.

Apakah nama sebenar CDI?
CDI ialah singkatan dari Capacitor Discharge Ignition 

 


 

 

Okay, tapi apa maksudnya?
CDI secara ringkas ialah sebuah kapasitor yang mampu menyimpan tenaga elektrik, seperti bateri.
Tetapi tidak seperti bateri, ia mampu melepaskan kesemua tenaga elektrik yang terkumpul dalam sekaligus.
Ini membuatkan kapasitor sangat sesuai untuk fungsi seperti lampu flash kamera atau dalam automotif, sirkit pendawaian sistem penghidup enjin (ignition circuit).

Untuk hidupkan enjin?
Ya, untuk hidupkan enjin petrol kenderaan , kita perlukan satu ledakan tenaga elektrik yang banyak untuk diberikan kepada palam pencucuh atau spark plug.

Itu sahaja fungsi CDI?
Tidak. Selain dari menghidupkan enjin, ia juga berfungsi untuk mengawal kelajuan maksimum putaran enjin (rev), mengawal pemasaan (advance timing) dan pelbagai kawalan berkaitan palam pencucuh.

 

 

Apakah sistem popular yang digunakan dahulu sebelum CDI dicipta?
CDI menggantikan sistem titik sesentuh atau contact point (gambar atas). Ada beberapa lagi sistem yang digunakan sebelum CDI tetapi semuanya menggunakan sistem mekanisma dan bukannya elektronik. 
Akibatnya, ia tidak tahan lama dan perlu diganti. 

Bagaimana kita hendak tahu CDI kita sudah rosak?
Mudah, antaranya ialah enjin tidak lancar, pemasaan atau timing tidak sekata, enjin tidak hidup, satu silinder tidak berfungsi dan paling popular, enjin mati bila pendikit dilepaskan.

Kenapa CDI boleh rosak?
Seperti manusia, CDI juga boleh bertemu ajal.
Antara sebab utama ialah wap air. Sebab lain ialah gegaran melampau dan haba.
Jika kotak CDI anda tiba-tiba menghasilkan asap, bacalah Yassin untuknya dengan segera.