Cayenne baharu terdedah

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampak je macam yang lama tapi percaya atau tidak, ini lah dia Porsche Cayenne baharu.

 

Cayenne1

 

Sebelum di umumkan secara meluas pada 29 Ogos, kami dedahkan pada anda rupa baharu model SUV terbaik dari Porsche. 

 

Cayenne2

 

Dari hadapan, anda boleh lihat sendiri gril yang telah di ubahsuai dengan lubang udara yang lebih besar dan lampu sinaran siang LED yang lebih nipis dari model sebelum ini. 

 

Cayenne3

Lampu utamanya pula lebih kurang sama tetapi dengan permukaan penutup ruang enjin atau bonet yang berbeza. 

Cayenne4

Di bahagian belakang pula, bentuk bumbung kelihatan lebih sporty dari sebelumnya dan jarak tayar depan dan belakang juga kelihatan lebih panjang, mungkin memberikan ruang penumpang yang lebih luas.

 

Saiz tingkap paling hujung belakang nampak lebih kecil dan ini memberi penampilan lebih sporty dari yang kita biasa lihat pada model Cayenne.

 

Apa-apa pun, yang paling ketara ialah rekabentuk lampu belakangnya yang sekarang serupa dengan yang terdapat pada model Panamera Sport Turismo. 

 

Cayenne5

 

Sama juga dengan perubahan hiasan dalamannya. Ia mengikut tema ruang dalam Panamera dengan tambahan-tambahan berteknologi tinggi dan skrin besar pada papan pemuka. 

 

Cayenne6

 

Pilihan enjin kemungkinan adalah 3.0-liter V6 dengan 330 hp dan 448 Nm tork, serta 2.9-liter V6 turbo berkembar yang menjana 440 hp dan 548 Nm tork. Kemungkinan juga ada model hibrid. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…