Casio lancar jam tangan G-SHOCK x TITAN 22 DW-5600TIT, RM695

oleh Mohamad Hanif|
Casio Computer dengan kerjasama jenama kedai konsep bola keranjang TITAN 22 telah melancarkan jam tangan edisi khas G-SHOCK x TITAN 22 DW-5600TIT.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The Game" dan aksen emas pada bahagian muka jam.
 

DW


Pada bahagian penutup belakang casis pula membawakan ukiran logo "World Champions".

Setiap pembelian disertakan dengan bekas penyimpanan besi berbentuk bulat dengan kemasan warna emas, serta kotak pembungkusan istimewa, dengan harga jualan RM695.
 

DW


Menggunakan asas daripada G-SHOCK DW-5600, jam tangan edisi khas TITAN 22 ini mengekalkan ciri seperti kalis air sedalam 200 meter, skrin paparan masa yang sangat asas, fungsi jam randik, kiraan masa menurun, sistem pencahayaan Electro-luminescent, serta bateri boleh bertahan selama dua tahun.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…