Casio G-SHOCK Mudmaster GWG-B1000 - ciri Bluetooth, Tough Solar, Triple Sensor

oleh Mohamad Hanif|
Casio Computer telah mengumumkan ketibaan pendatang baharu di dalam keluarga jam kalis hentakan G-SHOCK, iaitu Mudmaster GWG-B1000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan yang nampak gagah ini merupakan model G-SHOCK pertama yang menggandingkan kombinasi Tough Solar, Triple Sensor (altimeter-barometer, kompas digital, termometer) serta sokongan Bluetooth.
 

mudmaster


Pengguna juga boleh mengakses fungsi tambahan seperti Location Indicator (paparan bacaan bereng dan jarak ke lokasi), serta Mission Log yang merekodkan sejarah aktiviti yang telah dibuat menerusi aplikasi mudah alih dalam peranti pintar.

Kesemua fungsi itu tadi turut dipaparkan menerusi skrin LCD kecil pada bahagian bawah dial jam, serta dua sub-dial pada bahagian kiri dan kanan.
 

mudmaster


Sebagai sebuah jam tangan yang lasak dan direka untuk persekitaran yang berpasir dan kotor, GWG-B1000 ini menggunakan casis (58.7 x 52.1 x 16.2 mm) yang diperbuat daripada Carbon Core Guard.

Ia turut menampilkan kerangka luar logam, diikuti pelindung pada posisi jam 12 dan 6 yang disaluti bahan karbon seakan berlian (DLC) untuk rintangan lelasan yang lebih baik.
 

gwg


Jam tangan Mudmaster GWG-B1000 ini menyokong pelarasan waktu automatik, fungsi jam randik dan kiraan menurun, kalis air sedalam 200 meter, dan sistem pencahayaan LED Super Illuminator.

Terdapat tiga warna yang boleh dipilih, iaitu GWG-B1000-1A (hitam), GWG-B1000-1A4 (merah) dan GWG-B1000-3A (hijau).
 

mudmaster


Ia bakal dilancarkan di Jepun pada 13 Oktober ini dengan tanda harga bermula dari 121,000 yen (RM3,833).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Oleh itu, Casio baharu sahaja mengeluarkan koleksi varian warna baharu pada jam tangan G-Shock…
Berita Domestik
Jelajah pop-up itu bakal menampilkan rangkaian koleksi G-SHOCK 40th Anniversary, termasuk siri…