Carlos Sainz muncul juara Rali Dakar 2018

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan kejayaan mengungguli 13 peringkat, Carlos Sainz akhirnya dinobatkan sebagai juara Rali Dakar 2018.

Dalam perlumbaan itu, Sainz yang memandu Peugeot 3008 DKR berjaya menamatkan saingan dengan catatan masa 49 jam 16 mnit dan 18 saat.
Merdeka Bonanza

Kemenangan itu sekali gus meletakkan pesaing terdekatnya, Nasser Al-Attiyah dari pasukan Toyota di tempat kedua selepas tercicir 43 minit 40 saat di belakang Sainz.

Sementara itu, tempat ketiga pula digondol rakan sepasukan Nasser iaitu Giniel De Villiers yang ketinggalan 1 jam 16 minit dan 41 saat dari Sainz.

Terdahulu, kejuaraan itu merupakan kali kedua buat Saiz selepas kali terakhir dia menjulang gelaran sama pada 2010 ketika mewakili pasukan Volkswagen.

Untuk rekod, kemenangan tersebut dianggap sebagai hadiah perpisahan termanis buat Peugeot selepas pasukan perlumbaan tersebut mengumumkan tidak akan bertanding lagi di Rali Dakar pada musim hadapan.

Sepanjang penyertaannya dalam Rali Dakar, Peugeot setakat ini dilaporkan telah berjaya memenangi 25 daripada 48 peringkat keseluruhan sejak tahun 2015 lagi.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan supercars.com, kereta tersebut digunakan Jamie Whincup yang berjaya merangkul…
Gaya Hidup
Proton Juara bukanlah satu model yang popular sewaktu ia diperkenalkan. Mungkin citarasa pengguna…
Berita Domestik
“Pasukan PROTON R3 menunjukkan kerjasama berpasukan yang sangat baik di sebalik tidak berlumba pada…