Camry mula diuji di Indonesia - akan tiba di sini tak lama lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota Camry 2018 nampaknya sudah mula diuji di jalanraya Indonesia.

Berita itu diterima dari rakan-rakan media di negara jiran itu, hasil rakaman gambar dari pembaca-pembaca mereka. Camry baharu memang dijangka akan hadir di rantau Asean (termasuk Malaysia) pada penghujung tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka khusus untuk menambat kembali hati pembeli, Camry baharu datang dengan platform terkini Toyota - Toyota New Global Architecture (TNGA) yang terbukti lebih kukuh, mempunyai titik graviti lebih rendah, stereng yang responsif dan pemegang enjin baharu jenis empat titik yang mengurangkan bunyi dalam kabin.

 

 

Selain dari itu, sistem gantungan juga lebih dinamik - setup double wishbone baharu untuk belakang yang menjanjikan keselesaan dan juga keseronokan pemanduan.

Diharapkan agar Toyota tidak akan mengambil bacaan sistem gantungan Thailand kerana negara itu memerlukan setup yang lebih lembut dan selesa sementara jalanraya di Malaysia jauh lebih baik dan membolehkan kenderaan mengambil selekoh dengan lebih laju.

Sekiranya dahulu Camry boleh dibahagikan kepada dua jenis (satu untuk pasaran US, Timur Tengah dan Australia dan satu untuk Asia), kali ini Toyota akan menghasilkan hanya satu model Camry untuk seluruh pasaran global.

 

 

Kerana itu Camry kali ini perlu kekal sporty untuk pasaran US dan Australia tetapi tetap mempunyai kabin yang luas untuk pasaran lain.

Enjin yang telah diumumkan tahun lalu untuk Camry ini ialah enjin baharu 2.5L, 3.5L dan enjin 2.5L hybrid. Untuk Malaysia dan Asean, pastinya akan ada enjin 2.0L.

Masih tidak ada berita lagi untuk Camry di sini tetapi dengan ujian dimulakan di Indonesia, pastinya ia tidak lama lagi untuk dilancarkan.

Pasti ramai yang tidak sabar bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…