Katanya, tindakan semakan membabitkan Peraturan 147, Peraturan Penerbangan Awam (CAR) 2016 itu diambil susulan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos tahun lalu membabitkan jet peribadi Hawker Beechcraft 390 Premier 1 yang berdaftar di Amerika Syarikat (AS) dengan identifikasi N28JV.
Insiden terbabit meragut 10 nyawa, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun, serta juruterbang, Shahrul Kamal Roslan, 41.
Seterusnya, CAAM turut memaklumkan, semakan Peraturan 147 bertujuan menangani risiko keselamatan, dengan memastikan pemantauan yang lebih berkesan.
"Ia juga akan termasuk pengenalan beberapa peruntukan lain bagi memberi pilihan kepada industri dan pihak berkepentingan untuk operasi berterusan mereka.
"Semakan CAR 2016 tidak hanya akan memberi kesan kepada (pesawat) asing yang berdaftar tetapi juga pesawat tempatan yang berdaftar bawah penerbangan am," katanya.
Sementara menunggu peraturan yang dipinda itu berkuat kuasa sepenuhnya, CAAM berkata, pihaknya akan melakukan lebih banyak pemeriksaan luar biasa di landasan kapal terbang dan pengawasan di lapangan terbang yang mana pesawat berdaftar asing lazim beroperasi.
"Ia bertujuan memastikan pesawat memiliki pendaftaran asing, terikat dengan keperluan dan keupayaan pengawasan CAAM.
"Tempoh 'buffer' ini akan berakhir pada 26 Julai 2024," katanya.
Ketika ini, Peraturan 147 CAR 2016 menetapkan pemilik atau pentadbir pesawat berdaftar di negara asing yang digunakan dalam sebarang operasi penerbangan am di Malaysia, boleh beroperasi bagi tempoh maksimum enam bulan.
- masih tiada berita punca nahas pesawat di Bandar Elmina walaupun telah beberapa bulan berlalu. Semoga mangsa yang terkorban berada di kalangan orang-orang beriman hendakNya -