C 200 AMG muncul (RM254,888)

oleh HEZERI SAMSURI|
Mercedes-Benz Malaysia nampaknya secara senyap-senyap melancarkan varian AMG untuk sedan ssegmen C popular mereka, C 200.

Model C 200 AMG ini masih menggunakan enjin 1,991 cc turbo yang mengeluarkan 184 hp melalui transmisi 9G-Tronic.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiada perubahan teknikal yang dapat Careta lihat dari risalah PDF yang diberikan, cuma tambahan kelengkapan kosmetik AMG seperti berikut:

  • Rekabentuk AMG Line Exterior
  • Roda aloi AMG 5-batang 18-inci
  • Lampu masuk/keluar ala lampu lopak dengan logo Mercedes-Benz tersuluh ke tanah
  • Lampu hadapan LED berkapasiti tinggi
  • Ekzos kembar
  • Cermin sisi dilipat guna elektrik
  • Kabin dalam dengan ciri-ciri AMG Line Interior
  • Kemasan kulit
  • Pakej lampu dalam
  • Karpet lantai AMG

Varian C 200 AMG ini cuma RM2,00 lebih mahal dari C 200 Exclusive Line. Untuk yang mahu menggunakan pakej kewangan Agility Financing selama tiga tahun, bayaran bulanan ialah RM2,548 (had perbatuan 20,000 km setahun).

Pg 1


 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…