Bus Elektrik Super Quick Charge Pertama Di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM), telah diamanahkan untuk membina dan menyelenggara Kenderaan Elektrik (EV) Super Quick Charge (SQC) pertama Malaysia - bas Putra NEDO EV.

Projek SQC ini adalah terhasil daripada program pemindahan teknologi hasil perjanjian diantara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun. Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.
NEDO diusahakan oleh konsortium Jepun yang terdiri daripada Toshiba Infrastructure Systems & Solutions Corporation, PUES Corporation, Hasetec Corporation dan Oriental Consultants Global Company Limited.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

DEFTECH dijangka akan menjadi hab serantau bagi pengeluaran bas SQC EV di masa hadapan. Bas SQC EV menggunakan teknologi yang berbeza berbanding bas EV lain yang beroperasi di Malaysia, dan mungkin di rantau ASEAN. Sistem Super Quick Charging (SQC) hanya memerlukan 10 minit untuk dicaj sepenuhnya antara setiap perjalanan (purata 30km) melalui overhead pantograph. Kebanyakkan bas komersial EV lain secara umumnya memerlukan tempoh semalaman untuk dicaj semula (dianggarkan 6-8 jam) untuk beroperasi secara optimum.

Mendapat sokongan penuh dari pelbagai kementerian dan agensinya, terutamanya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan Jabatan Pengangkutan Jalan, projek ini adalah langkah pertama dalam menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai sebuah bandar hijau .

Setakat ini, DEFTECH telah diamanahkan untuk mengeluarkan 11 unit bas Setingkat EV. Sebanyak 8 unit bas telah diserahkan kepada PPj dan telah pun beroperasi, manakala baki 3 unit dijadualkan akan dihantar pada tahun 2018.

Bas Putra NEDO EV dikendalikan oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (Nadiputra), iaitu anak syarikat milik penuh PPj, yang menjalankan perkhidmatan di kawasan Putrajaya.

*gambar dari Utusan Malaysia Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…