Bumper belakang Tesla Model 3 mudah tercabut ketika hujan lebat melanda

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kawalan kualiti sememangnya merupakan satu mimpi ngeri terutama bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri ketika proses pemilikan kenderaan masih lagi berjalan, dan baki hutang yang masih panjang untuk dijelaskan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah ini tidak terhad kepada model jenama tempatan semata-mata, malah jenama luar dan premium juga ada kalanya tidak dapat lari daripada masalah yang serupa. 

 

Laporan daripada Jalopnik memetik beberapa imej daripada pengguna Twitter yang mendakwa bumper belakang kereta Tesla Model 3 mereka tercabut tidak lama selepas mereka membawa pulang dari bilik pameran Tesla. 
 


Menurut @rithesh, kereta Model 3 beliau baharu sahaja keluar setengah jam daripada bilik pameran dan terpaksa mengharungi hujan lebat sebelum mendapati bumper belakang sudah tidak kelihatan daripada bahagian tersebut. 
 


Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna Twitter @Benj1Franks turut mendakwa kereta model 3 beliau telah ditelanjangkan di dalam kejadian yang serupa yang berasingan. 
 


Spekulasi yang tersebar mendakwa isu tersebut berkemungkinan besar berpunca daripada penebat yang terletak di bahagian bawah kereta yang tidak berkualiti untuk menepis percikan air dan serpihan sampah jalanan. 

Penebat yang sudah lusuh akan menyebabkan air tidak dapat ditepis masuk ke dalam bahagian bumper, sekaligus air akan terkumpul pada bahagian tersebut dan beban yang terhasil menyebabkan bumper tercabut dengan mudah. 

Pihak atasan Tesla telah dihubungi dan mereka kini sedang menyiasat dengan terperinci berkenaan kes tersebut. 

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…