Pada satu masa dahulu Nissan mempunyai masalah besar sehinggalah pegangan majoriti dalam syarikat itu dibeli
Hasil gabungan itu membolehkan kumpulan baharu ini menyaingi dua lagi gergasi automotif iaitu Kumpulan Volkswagen dan Toyota dalam menerajui jualan kenderaan dunia.
Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi telah berjaya memasuki kelab 10 juta apabila pada tahun 2017 sebanyak 10,608,366 unit kenderaan berjaya dijual.
Di antara faktor pencapaian tersebut ialah pertambahan permintaan terhadap SUV, kenderaan komersil ringan dan kenderaan elektrik selain daripada penyertaan Mitsubishi dalam pakatan.
Pada tahun lalu, pakatan tersebut mempunyai operasi jualan di hampir 200 buah negara dengan sepuluh jenama seperti Renault, Nissan, Mitsubishi Motors, Dacia, Renault Samsung Motors, Alpine, Lada, Infiniti, Venucia dan Datsun.
Suatu yang lebih menarik apabila Nissan benar-benar menjadi ayam jagoan pakatan apabila mencatat jualan tertinggi lebih dari 5.8 juta unit mengatasi kumpulan Renault sendiri dan Mitsubishi.
Berikut ialah fakta jualan Pakatan Nissan-Renault-Mitsubishi pada tahun lalu.
Groupe Renault - Jualan total sebanyak 3,761,634 unit.
Nissan Motor Co. Ltd - Jualan total sebanyak 5,816,278 unit.
Mitsubishi Motors Corporation - Jualan total sebanyak 1,030,454 unit.
Berikut pula ialah jualan pakatan mengikut pecahan negara dan jenama. Tiga negara dan benua iaitu China, Amerika Syarikat dan Eropah adalah pasaran penting untuk pakatan ini.
Top 10 Pasaran Pakatan:
Negara |
Jualan Total |
Pegangan Pasaran |
China |
1,719,815 |
6.2% |
AS |
1,697,149 |
9.8% |
Perancis |
759,598 |
29.8% |
Jepun |
689,650 |
13.2% |
Rusia |
578,082 |
36.1% |
Mexico |
412,029 |
27.0% |
Jerman |
349,376 |
9.4% |
United Kingdom |
309,172 |
10.6% |
Itali |
293,362 |
13.6% |
Brazil |
267,835 |
12.3% |
Top 10 Pasaran Groupe Renault:
Negara |
Jualan Total* |
Perancis |
673,852 |
Rusia |
448,270 |
Jerman |
228,046 |
Itali |
215,901 |
Sepanyol |
185,760 |
Turki |
178,646 |
Brazil |
167,147 |
Iran |
162,079 |
United Kingdom |
115,262 |
Argentina |
115,243 |
* 2017 kecuali Twizy
Top 10 Pasaran Nissan:
Negara |
Jualan Total |
AS |
1,593,464 |
China* |
1,519,714 |
Japan |
590,905 |
Mexico |
366,544 |
U.K. |
167,379 |
Kanada |
146,677 |
Rusia** |
107,168 |
Perancis |
81,293 |
Brazil |
78,823 |
Jerman |
76,133 |
*Termasuk jenama Venucia ** Termasuk Kazakhstan
Top 10 Pasaran Mitsubishi Motors:
Negara |
Jualan Total |
China |
129,160 |
AS |
103,685 |
Jepun |
91,630 |
Australia |
80,674 |
Indonesia |
79,885 |
Filipina |
71,097 |
Thailand |
69,737 |
Jerman |
45,197 |
U.K |
26,531 |
U.A.E |
24,497 |
Penulis: Muhammad Md Tajudin