Bukan Disney on Ice tetapi Aston Martin On Ice di Hokkaido!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Program Disney On Ice memang kuat sebab iklan Mickey Mouse dan Donald Duck meluncur di atas ais ini boleh dikatakan banyak kali ditayangkan di kaca televisyen. Tetapi saya tidak pasti sama ada Disney On Ice masih lagi dianjurkan atau tidak sebab rasanya seperti sudah lama tidak diiklankan.

Owh! Melalui carian di internet, program ini masih dianjurkan di Malaysia dengan kali terakhir pada musim cuti sekolah Mac lalu di Stadium Malawati.

Jika Disney On Ice lebih kepada acara sekeluarga, ini pula program untuk hiburan ibu atau bapa atau sesiapa sahaja yang mahu berseronok dengan Aston Martin di atas ais di Hokkaido, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikutan kejayaan program On Ice di New Zealand, Eropah dan Amerika Syarikat, Aston Martin mengumumkan penganjuran Hokkaido On Ice untuk tahun 2018.

Ini adalah program On Ice pertama dianjurkan Aston Martin di Jepun dengan latar belakang pemandangan yang cantik di Hokkaido bagi memandu uji Vanquish S dan juga peluang pertama untuk menguji model baharu DB11 Volante.

Peserta program ini akan mempunyai peluang untuk menguji kemahiran memandu mereka di permukaan salji dan dengan tunjuk ajar dari instruktor memandu profesional.

Peserta juga dapat menguji had kereta mewah keluaran Aston Martin ini termasuk tahap pengendaliannya serta nisbah berat badan yang hampir sempurna yang sangat dititik beratkan oleh pengeluar British itu.

Program ini akan dianjurkan daripada 8 hingga 12 Februari 2018 dan sesuai dengan imej Aston Martin tetamu akan tinggal di penginapan mewah di timur Hokkaido.

Slot untuk program ini begitu terhad dan jika anda atau mengenali sesiapa yang mahu dan merupakan sasaran Aston Martin, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini:

http://www.astonmartin.com/hokkaido-on-ice

Jika anda berjaya dan berada di sana pada tahun depan, jangan lupa tag kami di media sosial. Dapat tengok pun kami sudah tumpang gembira.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…