Bugatti Divo bakal buat kemunculan pertama minggu hadapan!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa imej acah tertiris ke dalam internet beberapa minggu yang lalu dan sebuah gambar intipan yang merakamkan sebuah Bugatti misteri sedang diuji, kini Bugatti sudah bersedia untuk memperlihatkan supercar terbaharu mereka pada minggu hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk menambah lagi rasa keghairahan para peminat, Bugatti telah menyediakan sebuah lagi imej acah tambahan yang menampakkan silhouet susuk tubuh badan seksi supercar yang menggunakan asas daripada Chiron itu. 

 


Sebelum ini Bugatti telah memaparkan logo Divo yang terjahit kemas pada tempat duduk Alcantara, lampu belakang jenis OLED serta ciri aerodinamik yang dihiasi dengan bendera Perancis pada sisi kenderaan tersebut. 

Divo dibangunkan dengan tujuan untuk menjadikan pengendaliannya yang lebih jitu dan menyeronokkan untuk menyerang beberapa selekoh jika dibandingkan dengan kereta asas Chiron, namun dari segi aspek kuasa dan teknikal, ia masih kekal misteri. 
 


Supercar Divo ini bakal diproduksikan di dalam unit terhad berjumlah 40 unit sahaja dengan tanda harga yang agak tinggi bermula dari  €5 juta (RM24 juta) untuk setiap unit tidak termasuk cukai pendaftaran kenderaan dan kos untuk membawa pulang supercar tersebut ke tanah air, sekiranya anda benar-benar gilakan Divo. 

Bugatti dijangka akan memperkenalkan Divo kepada umum pada 24 Ogos di The Qual, Monterey. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, unit pertama Bugatti Divo sudah pun siap dan bersedia untuk dihantar ke seluruh dunia…
Berita Global
Sekiranya anda mencari kuasa tambahan berbanding model sedia ada iaitu Chiron, anda akan merasa…
Berita Global
Seperti mana yang kita tahu, Divo merupakan model yang menggunakan asas daripada Chiron dan gambar…