Bugatti dedah info awalan Divo - khusus untuk kegunaan litar, 40 unit terhad, harga £4.42 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti telah mengesahkan sebuah hypercar yang direka khusus untuk kegunaan di litar berasaskan Chiron kini sudah memasuki fasa pembangunan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hypercar tersebut bakal diberikan nama Divo, diinspirasikan daripada seorang pelumba Perancis Albert Divo yang telah memenangi perlumbaan Targa Florio pada tahun 1928 dan 1929 ketika mewakili Bugatti. 


Dengan hashtag "Build for Corners", Bugatti Divo ini disasarkan untuk menguasai pelbagai jenis litar dan bukan bertujuan untuk mencapai halaju tertinggi semata-mata. 

Bugatti juga telah mengesahkan mereka akan mengaplikasikan perkara-perkara yang perlu untuk menjadikan sebuah Chiron lebih mesra litar seperti penggunaan bahan super ringan, sistem gantungan yang dinaik taraf, serta sistem aerodinamik yang mampu memberikan lebih downforce kepada Divo ketika menyerang selekoh. 

Memandangkan ia menggunakan platform Chiron Sport, Divo diramalkan bakal menggunakan enjin yang sama iaitu enjin W16 8.0 liter dengan bantuan empat buah turbo menghasilkan 1,479 kuasa kuda.

Bugatii akan membina Divo di dalam unit terhad berjumlah 40 buah sahaja dan harga jualan setiap Divo ini bermula dari £4.42 juta (RM23.61 juta) sahaja.  
 

Kami sertakan kata-kata daripada bos Bugatti berkenaan Divo:

"Happiness is not around the corner. It is the corner. The Divo is made for corners. With the Divo, we want to thrill people throughout the world. With this project, the Bugatti team has an opportunity to interpret the brand DNA in terms of agile, nimble handling in a significantly more performance-oriented way"

sumber: Autocar 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…