BSPT - 20 saman dikeluarkan kepada penjaja jeruk di lampu isyarat

oleh Penyumbang Rencana|
Polis telah mengeluarkan 20 saman terhadap 19 individu yang menjaja jeruk dalam Operasi Khas Penjaja Jalanan di beberapa lokasi di persimpangan lampu isyarat di sekitar Seremban dan Nilai pada Selasa.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, operasi pada jam lebih kurang 4 petang itu membabitkan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Seremban dan IPD Nilai dengan kekuatan keseluruhan seramai satu pegawai dan 10 anggota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Antara lokasi yang terlibat dalam operasi ini adalah persimpangan lampu isyarat Gateway Jalan Sungai Ujong, Ainsdale, Jalan Rasah (Tol Seremban-Port Dickson arah utara dan Selatan) dan Jalan Dato Muda Linggi. Manakala di Nilai antaranya lampu isyarat tol Nilai, Nilai Impian (Petron) dan Jalan Nilai-Salak.

 

"Hasil daripada operasi ini sebanyak 20 saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan ke atas 19 individu yang menjalankan aktiviti menjaja di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, saman itu merupakan 18 saman dikeluarkan di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59) yang menyatakan tiada urusan jual beli di persimpangan atau mana-mana jalan raya.

 

"Dua lagi saman dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu lesen kenderaan bermotor (LKM) tamat tempoh dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu tiada perlindungan insurans.

 

"Di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59), individu yang terlibat dalam urusan jual beli boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan jika disabitkan kesalahan," katanya.

 

Katanya, operasi ini dijalankan susulan aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti penjaja menjual makanan jeruk di persimpangan lampu isyarat.

 

Selain itu, ia dijalankan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan risiko bahaya dan kemalangan kepada penjaja itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

 

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat serta persimpangan jalan raya dihentikan kerana ia membahayakan pengguna jalan raya dan kita akan menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa," katanya.

 

 

PDRM