BSH perkenal Honda CB500XA 2017 - Kini dengan peredam bunyi dan warna baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
BSH perkenal Honda CB500XA 2017 - Kini dengan peredam bunyi dan warna baharu
BSH perkenal Honda CB500XA 2017 - Kini dengan peredam bunyi dan warna baharu
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Buat peminat motosikal midweight Honda CB500XA, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan model 2017 dengan peredam bunyi dan tiga warna baharu.

Warna tersebut ialah Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red dan Pearl Horizon White (Baharu untuk CB500XA).

Honda CB500XA dilengkapi enjin DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair dwi selari dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Tangki minyak dengan isian penuh 17.5 liter membolehkan penunggang untuk menunggang pada jarak lebih jauh.

Honda CB500XA 2017

 

Output kuasa ialah 49.6hp (37kW) pada 9,000 rpm, manakala daya tork maksimum adalah 44Nm pada 7,500 rpm. Ukuran bore ialah 67mm yang sama dengan model CBR600RR.

Harga Honda CB500X – jenis standard yang disyorkan ialah RM 31,893.28 manakala model CB500XA - jenis ABS pula ialah RM 35,391.28.

Harga tersebut termasuk GST tetapi tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…