Brutus V9 - motosikal berkuasa elektrik dengan penggayaan motosikal berkuasa tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Sebut sahaja gandingan dua nama ini (elektrik dan motosikal berkuasa tinggi), pasti kita akan terbayang rekaan keseluruhan motosikal yang serba futuristik dan tiada lagi kedengaran bunyi ekzos yang menggegar seluruh alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun ia tidak bagi Brutus kerana menerusi model motosikal elektrik yang mereka bawakan iaitu Brutus V9, definisi tunggangan dengan bergaya masih lagi dikekalkan namun dengan nadi kuasa yang serba baharu dan serba hijau. 

 


Dengan rekaan ala-ala motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson, ruang enjin pula tampak sedikit aneh kerana enjin pembakaran dalaman telah digantikan dengan penggunaan pek bateri berkuasa 18.8 kWh atau 33.7 kWh. 

Motor elektrik 9 inci arus terus yang digunakan mampu menghasilkan kuasa setinggi 125 hp serta daya kilas sebanyak 375 Nm cukup untuk memberikan kuasa pecutan yang diperlukan disamping untuk menggerakkan motosikal yang seberat 355 kg ini. 
 


Untuk keselesaan dan kestabilan ketika tunggangan, Brutus telah melengkapkan V9 ini dengan sistem suspensi terbalik 58 mm di hadapan dan dual shocks pada bahagian belakang sebelum diakhiri dengan penggunaan tayar 21 inci (hadapan) dan 16 inci (belakang). 

Tiada sebarang maklumat berkenaan jarak pengoperasian sebenar motor elektrik ini didedahkan namun menurut Brutus, pek bateri yang dibekalkan itu mampu untuk menemani penunggang untuk seharian dan ketika keadaan cuaca yang ekstrem. 
 


Dengan kedudukan tunggangan yang serba santai, Brutus V9 merupakan motosikal elektrik yang ideal untuk tujuan kembara dan memenuhi jiwa kelajuan sekali sekala. 

Spesifikasi: 

Motor: 9” DC
Weight: 355 kg
Length: 100.5”
Width: 36.5”
Rake: 27.2°
Wheel Base: 65”
Seat Height: 26.2”

Battery pack
18.8kWh or 33.7kWh
Charge Time – Dependent on charging and battery options

Power
Top Speed: 201 km/h (Gearing Restricted)
Horsepower: 125 (Motor)
Torque: 375 Nm (Motor)

Wheels
Front: 21” x 3.5”
Rear: 16” x 3.5”

Front suspension
58mm Inverted

Rear suspension
Dual Shocks

Brakes
Front: Single or Twin 32mm 4 Piston Fixed / 11.5” Rotor
Rear: Single 32mm 4 Piston Fixed / 11.5” Rotor

Lighting
Full HID and LED Lighting

Tags