Brig. Gen. (K) Tan Sri Dato' Sri Mohd Khamil Bin Jamil bersara sebagai Pengerusi DRB-HICOM

oleh SALINA JALIL|
DRB-HICOM Berhad mengumumkan persaraan Yang Berbahagia Brigadier General (K) Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat berkuatkuasa 1 April 2018.

Pengarah Urusan DRB-HICOM, Syed Faisal menjelaskan bagi pihak Lembaga Pengarah: "Mohd Khamil telah dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat itu selama 10 tahun sebelum menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif pada 1 Mac 2016."
Syed Faisal juga berkata bahawa dibawah pimpinan beliau, syarikat telah meluaskan lagi fokus ke arah kumpulan yang lebih berpotensi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengambilalihan syarikat di dalam sektor pos dan logistik (Pos Malaysia Berhad dan Pos Logistics Berhad) memperlihatkan pandangan jauh beliau. Ini dapat dibuktikan dengan pertumbuhan E-Dagang yang memberikan manfaat kepada Pos Malaysia pada masa kini.

DRB-HICOM juga terlibat menceburi bidang aeroangkasa dengan pengambilalihan Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM). Di bawah pimpinan beliau tempahan telah meningkat mendadak daripada RM2 billion kepada RM11 billion.

Tambahan lagi, pihak DRB-HICOM berjaya menamatkan usaha PROTON dalam pencarian rakan strategik perniagaan yang sesuai, iaitu Zhejiang Geely Holding.

"Barisan Pengarah DRB-HICOM, syarikat bersama serta warga kerja ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang tidak terhingga dalam menjadikan DRB-HICOM sebuah syarikat yang ternama pada hari ini," ujar Syed Faisal.

Kami di Careta ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Yang Berbahagia Brigadier (K) Tan Sri Dato' Sri (Dr) Haji Mohd Khamil.  

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…