Bridgestone Turanza T005: Tayar pilihan model terbaharu Audi A7

oleh SALINA JALIL|
Audi telah memilih tayar gred premium Bridgestone Turanza T005 untuk kegunaan model terbaharu mereka iaitu Audi A7 Sportback. Tayar gred premium yang ditandakan dengan cop Audi Original (AO) mempunyai kandungan silika yang tinggi - dengan teknologi polimer tersendiri NanoPro-TechTM - serta corak bunga tayar sekata menawarkan kadar cengkaman yang baik di atas permukaan basah. Ia juga memberikan jangka hayat yang panjang di samping menjimatkan penggunaan bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Para pemilik Audi A7 Sportback bakal ditawarkan variasi saiz tayar Turanza T005 dari 19" sehinggalah 21". Dengan tayar Bridgestone terbaharu ini gaya pemanduan sebuah gran turismo diterjemahkan dalam pengalaman pemanduan yang sporty selain menjadikan kereta kekal patuh dalam kawalan pemandu. Selain menawarkan kawalan cengkaman yang berkesan di atas pelbagai permukaan, kawalan stereng juga diperkemaskan dengan kadar tindak balas yang cemerlang.

 

Teknologi B-Silent telah diaplikasikan ke dalam produk terbaharu Turanza bertujuan mengurangkan kadar kebisingan tayar dan meningkatkan lagi tahap keselesaan kepada pemandu. Penggunaan elemen busa polyurethane dimuatkan ke bahagian dalam permukaan tayar bertujuan mengurangkan gema bunyi yang terhasil akibat gegaran ruang udara. Ciri ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan kadar kebisingan di dalam kabin tanpa mengorbankan tahap prestasi dan dinamik tayar.

Menurut Naib Presiden Original Equipment Bridgestone EMEA, Christophe de Valroger menjelaskan: "melalui kerjasama ini, Bridgestone berusaha mempersembahkan kepada dunia pendekatan yang berkesan di dalam aspek teknologi dan keselamatan pemanduan sesebuah tayar. Turanza T005 memberikan pemandu kawalan kepada kenderaan mereka tidak kira apa jua keadaan. Sebagai rakan yang dipercayai oleh Audi, kami berasa bangga melihat pemilihan tayar Turanza T005 sebagai tayar pilihan untuk mod terbaharu A7."

Sebagai syarikat pengeluar tayar nombor satu dunia, Bridgestone merupakan jenama pilihan kepada pengeluar kenderaan Audi. Tahun 2017 menyaksikan sebanyak 300,000 unit Audi telah dibekalkan dengan tayar Bridgestone merangkumi 11 model termasuklah A3, A8, Q2 dan Q7. Tanda spesifik AO pada tayar membuktikan tayar Bridgestone merupakan pilihan yang ideal untuk kenderaan baharu Audi, gambaran hasil kerjasama dan diakui oleh barisan jurutera Audi dan Bridgestone.

 

Penulis muda: Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…