Brembo baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai proses recall untuk sistem brek mereka.
Menurut syarikat Itali itu, ia mendapati ada kemungkinan piston untuk silinder utama brek hadapan radial (diameter antara 15mm dan 16mm) pada sistem yang dijual antara tahun 2015 dan 2017 akan mengalami kerosakan.
Menurut Brembo lagi, jenama yang terbabit ialah:
- Aprilia
- Ducati
- KTM
- MV Agusta
- TM Racing
- Moto Morini
- Horex
Recall itu tidak membabitkan sistem Brembo yang dipasang pada motosikal jenama lain, atau melalui kit brek aftermarket.
Menurut Brembo, syarikat motosikal tersebut yang akan menjalankan proses recall itu.