Brembo bakal umum recall

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat brek terkenal, Brembo dikatakan bakal mengumumkan satu panggil semua atau recall dalam masa terdekat ini.

Laporan dari National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebuah agensi kerajaan US yang bertanggungjawab berkaitan keselamatan jalanraya dan kenderaan di negara besar itu mengatakan ada masalah pada pelapik brek (brake pad) untuk unit belakang bagi beberapa model superbike yang menggunakan Brembo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Brembo, pembekal pelapik itu, Federal Mogul melakukan kesilapan dalam proses "thermal treatment" yang menyaksikan ia menggunakan suhu yang lebih panas, menyebabkan pelekat pada pendakap pelapik itu tidak sekuat yang sepatutnya.

Apa yang mungkin terjadi ialah pelapik brek belakang itu mungkin tercabut ketika membrek, lantas melambatkan jarak berhenti motosikal terbabit.

Jenama yang pertama dipanggil semula untuk masalah ini ialah:

  • Ducati Panigale V4
  • Ducati Hypermotard 939
  • Ducati 1299 Panigale R FE
  • Ducati 959 Panigale

 

 

Sebanyak 72 unit motosikal Ducati terbabit di US dan ia mudah untuk diketahui - kesemua pelapik brek itu mempunyai nombor batch "672" pada plet pendakap.

Jenama lain belum lagi mengumumkan panggil semula untuk model-model mereka. Ducati sudah menghubungi pemilik-pemiliknya dan proses panggil semula akan bermula pada 15 September 2018.

Sehingga tarikh itu, penunggang terbabit mungkin dinasihatkan agar jangan menggunakan brek belakang? 

Masa yang sesuai untuk mereka belajar membuat "wikang" nampaknya.

Jenama lain di Malaysia yang menggunakan brek Brembo  seperti sesetengah unit istimewa Y15, RS150, 125Z, EX5 dan sebagainya diharapkan bertanya kepada pembekal brek Brembo anda di Facebook atau Whatsapp.

Sumber dari NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…