Brad Binder sah ganti Hafizh Syahrin dalam Red Bull KTM Tech 3

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang kurang enak hadir dari dunia MotoGP di mana Brad Binder, pelumba Red Bull KTM Ajo Moto2 dikatakan sah menggantikan Hafizh Syahrin bermula tahun hadapan untuk pasukan Red Bull KTM Tech 3.


Brad Binder yang sebelum ini merupakan juara Moto3 pada tahun 2016, akan disertai oleh rakan sepasukan Miguel Oliveira yang turut bersama-sama berentap di kelas Moto2 pada 2017 dan 2018.

Binder dalam satu kenyataan menyifatkan beliau amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan, oleh kerana mampu berada di dalam kelas MotoGP dengan pelumba terbaik di dunia, dan menunggang jentera yang terbaik. 

Menurut Pit Beirer, Pengarah KTM Motorsport berkata, "dengan adanya Brad Binder di dalam projek MotoGP kami, ia adalah momen yang sangat menarik kerana beliau telah pun bersama kami selama lima tahun lamanya, dan salah seorang daripada juara kami.

 


Setakat artikel ini ditulis, tidak diketahui bagaimana nasib Hafizh Syahrin, pelumba negara bakal meneruskan rentaknya selepas ini. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga…
Sukan Bermotor
  Berikut merupakan perubahan peraturan teknikal MotoGP 2027;   Enjin bagi kelas MotoGP akan…
Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…