Brabus X 250 d - trak pikap yang serba mewah

oleh Muhamad Hanif|
Anda mahukan sebuah trak pikap Mercedes yang ditala oleh Brabus?

Brabus, sebuah syarikat penalaan yang khusus untuk kenderaan jenama Mercedes kini tampil dengan beberapa penambahbaikan terhadap trak pikap Mercedes X-Class.

Antara perubahan yang ketara boleh dilihat pada trak pikap ini ialah penggunaan roda bersaiz 20 inci menggantikan rim standard 17 inci, empat buah tip ekzos, serta logo Brabus yang terpampang pada gril hadapan.
 


Turut dipasang ialah sepasang lampu bar jenis LED yang diletakkan di atas bumbung bagi memudahkan pemandu memberikan lampu tinggi kepada mereka yang memandu secara perlahan di laluan paling laju di lebuhraya.

Sebagaimana tipikal sebuah Brabus, bahagian dalaman juga boleh diubah suai berdasarkan kehendak pengguna dengan pilihan beberapa jenis kulit. 

Dari segi prestasi, Brabus telah menala semula ECU bagi melepaskan hampir 20 hp kuasa tambahan daripada enjin 2.3 liter turbodiesel itu. 

Dengan kuasa sekitar 208 hp, ia mungkin tampak tidak menakutkan, akan tetapi kuasa tork mencatatkan penambahan sebanyak 60 Nm kepada 510 Nm, sangat berguna ketika menunda atau mengangkut barang berat yang mungkin bukan pekerjaan tipikal pemilik Brabus.

 


Brabus juga dijangka bakal melancarkan sebuah lagi versi yang dinamakan X 350 d dengan kuasa mencecah 254 hp serta 550 Nm kuasa tork. 

Sumber: AutoExpress

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
Sebut AMG, kita terbayang model-model berkuasa dari Mercedes-Benz. AMG sebenarnya berasal dari…
Telah Diuji
Naza Brabus yang berpengkalan di Glenmarie telah diberikan kepercayaan untuk menjual kesemua stok…