Bosch dakwa penemuan baharu mampu kurangkan pencemaran daripada enjin diesel

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat gergasi pembekal komponen automotif, Bosch mendakwa mereka telah menemui satu teknologi yang mampu menjadikan kadar perlepasan asap diesel yang lebih bersih daripada kenderaan berkuasa elektrik.

Menurut Bosch lagi, teknologi ini mampu dicapai tanpa penambahan apa-apa komponen moden mahupun penambahan dari segi kos pemasangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penemuan terbaharu dari Bosch ini dilihat mampu mengurangkan kadar perlepasan nitrogen oksida (NOx) hasil daripada gabungan daripada teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengurusan aliran udara (air-flow management system)


Asas kepada penemuan tersebut, menurut Bosch, ialah sistem pengurusan aliran udara dan pengaliran semula gas ekzos yang sangat responsif. 


Gabungan kedua-dua sistem tersebut mampu mengurangkan kadar perlepasan NOx dengan lebih berkesan ketika suhu gas ekzos mencecah 200o Celcius, jadi kenderaan akan memerlukan sistem pengurusan haba yang cekap bagi membolehkan ia berfungsi. 


Secara teorinya, Bosch amat yakin penemuan terbaharu itu bakal mengurangkan kadar perlepasan NOx seterusnya mampu meningkatkan kualiti udara dengan lebih baik. 


 

 

Bosch tidak mengambil langkah mudah mahupun jalan singkat di dalam usaha mencari penemuan terbaharu ini. 


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Bosch, penemuan itu mampu mengurangkan kadar perlepasan NOx berjumlah 13 miligram per kilometer daripada sebuah kereta, lebih rendah berbanding rekod daripada kenderaan elektrik yang mencatatkan 40 miligram per kilometer. 


Ini menjadikan penemuan Bosch jauh lebih rendah berbanding had perlepasan yang bakal dikuatkuasakan di Eropah pada tahun 2020, iaitu sebanyak 120 miligram per kilometer. 


 

 

Menurut CEO Bosch, Volkmar Denner, disebalik larangan penggunaan bahan api diesel di beberapa buah negara, jurutera di Bosch menjadikan "kematian" enjin diesel ini sebagai satu pemangkin bagi mereka untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan pencemaran. 


Terkesan dengan tindakan beberapa pengeluar di dalam ujian perlepasan asap, Bosch kini mempunyai kod etika tersendiri yang melarang mana-mana kerjasama berhubung penipuan ujian, menghasilkan produk komponen automotif yang mampu menjamin keselamatan pengguna dan juga memelihara alam sekitar. 


Tindakan ini mungkin dilihat terlalu lewat memandangkan kebanyakan pengeluar sudah membuat keputusan untuk menghentikan pembangunan enjin diesel dan memutuskan untuk memulakan pembangunan model elektrik. 
 

Sumber: Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…