"Kita perlu meneliti bagaimana keadaan semasa, sekiranya berterusan ia akan memberikan kesan kepada rantaian bekalan.
"Terdapat ramalan yang menyebut bahawa jangkitan coronavirus akan berlarutan sehingga Februari atau Mac," Denner memberitahu pihak pengamal media Selasa lalu.
"Di Wuhan, Bosch sendiri memiliki dua kilang yang membuat sistem stereng dan teknologi haba dengan keupayaan 800 orang pekerja, namun tiada sebarang kes jangkitan dilaporkan pada ketika ini," tambah beliau.
Bosch sememangnya bergantung harap kepada China sebagai pusat pengilangan global bagi pembuatan motor elektrik, transmisi, dan komponen elektronik untuk kenderaan elektrik.
Sejak tahun 1909, Bosch sudah pun bertapak di China dan memiliki 23 fasiliti pengilangan komponen automotif dan 60 lokasi di pasaran kenderaan terbesar di dunia itu.
Pengeluar yang berasal dari Jerman itu memasang komponen automotif berikut di beberapa lokasi di sekitar China seperti:
- Wuhu - sistem infotainmen multimedia
- Nanjing - sistem pendorong brek
- Wujin - komponen elektronik untuk kenderaan swapandu
- Wuxi - sistem bateri 48-volt
- Taicang - motor elektrik EV, sistem transmisi, dan komponen elektronik
Bosch turut meramalkan penurunan produksi komponen automotif global sehingga 2.6 peratus kepada 89 juta kenderaan pada tahun 2020 akibat penurunan permintaan di China, Amerika Syarikat dan juga Eropah.
Sumber: Automotive News Europe