Sesi bual bicara ini terbahagi kepada beberapa segmen yang merangkumi penyelenggaraan kenderaan, serta topik khas berkenaan keperluan penukaran penyeka kaca secara berkala oleh pakar produk Bosch, Mohd Rydzyuan seperti:
- tanda-tanda penyeka kaca perlu ditukar
- bagaimana untuk menjaga kondisi penyeka kaca
- demonstrasi penukaran penyeka kaca
- memperkenalkan produk Aerotwin Retrofit Wipers Bosch
- segmen khas berkenaan produk bateri dan pelincir Bosch
Terdapat juga segmen eksklusif bersama Adrian Mak (Bosch Car Service NSS Group) yang akan membincangkan kesilapan umum yang mampu membahayakan kereta dan pemandu, keperluan penyelenggaraan bagi mengelakkan kesulitan, serta menjaga kenderaan dengan tips servis eksklusif.
Para penonton boleh mengambil bahagian menjawab segala persoalan berkaitan penyelenggaraan dan penyeka kaca, selain berpeluang membawa pulang barangan seperti:
- baucer Shopee bernilai RM50 (x25)
- Bosch Engine Oil (x1)
- Bosch C7 Battery Charger (x1)
- hadiah cabutan bertuah Apple iPad mini (x1)
Malah, setiap penonton akan menerima baucer Shopee Bosch bernilai RM20 hanya dengan mengambil bahagian.
Berminat? Anda boleh melayari laman Facebook Bosch Autoparts (https://www.facebook.com/BoschAA.MY) atau kedai rasmi Shopee Bosch Autoparts (https://shopee.com.my/boschautoparts.os) pada jam 8-9 malam hari ini (11 Disember 2021).