Skuter Honda BeAT ini dikuasakan oleh enjin eSP 109.5 cc yang dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI yang berkeupayaan menghasilkan 8.68 kuasa kuda dan daya kilas 9.63 Nm.
Ia telah ditala supaya mampu memenuhi regulasi Euro 4 dan memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 1.69 liter untuk setiap 100 km.
Keselesaan tunggangan disumbangkan oleh penggunaan rangka eSAF (enhanced Smart Architecture Frame) yang menjadikan skuter ini lebih lincah, dan mudah untuk dikawal, serta menawarkan tangki bahan api dan U-box yang lebih besar, masing-masing berkapasiti 4.2 liter dan 11.7 liter.
Ciri yang ditawarkan termasuklah rekaan baharu pada lampu utama LED, speedometer, cermin sisi, rim dan tempat pembuka pelana, sementara lampu belakang juga telah diberikan nafas baharu.
Untuk memastikan keselamatan di atas jalan raya, Honda BeAT 2020 dilengkapi dengan ciri CBS (Combi Brake System) yang membenarkan jarak pemberhentian yang lebih pendek, serta ciri lain seperti parking brake lock, dan side stand switch.
Warna yang ditawarkan termasuklah Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue, dan Space Magenta Metallic.