Boon Siew Honda tawar RS-X dengan pakej harga tetap, bermula dari RM11,600 OTR

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seperti kita sedia maklum, harga jualan bagi motosikal baharu bukanlah seperti kereta, dimana harga yang disyorkan oleh pengeluar boleh dimanipulasi oleh pengedar-pengedar, dimana kebanyakannya dengan harga yang tidak masuk akal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai langkah bagi mengatasi masalah tersebut, Boon Siew Honda kini menawarkan pakej harga tetap, bermula dengan model Honda RS-X.

Untuk permulaan juga, pakej harga tetap itu hanya boleh didapatkan dari pengedar Impian X sepanjang tempoh tawaran bermula dari 6 Julai hingga 3 September 2023.

 

2

 

Untuk tahun 2023, Honda RS-X ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lemon Ice Yellow, Candy Caribbean Blue Sea dan Trico.

Warna Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea ditawarkan pada harga RM11,600 atas jalan termasuk insurans dan yuran pendaftaran untuk pembelian secara tunai.

Warna Trico pula ditawarkan pada harga RM11,650 atas jalan termasuk insurans dan yuran pendaftaran untuk pembelian secara tunai.

3

Pastinya pembelian berbaloi buat mereka yang ingin membeli secara tunai, dimana pakej harga yang ditawarkan adalah harga yang perlu dibayar tanpa caj tersembunyi.

Menurut Boon Siew juga, mereka yang membeli dari pengedar Impian X tanpa pakej harga tetap sepanjang tempoh tawaran itu boleh membuat aduan kepada Boon Siew Honda.

Sebagai permulaan, usaha dari Boon Siew Honda itu sememangnya satu permulaan yang baik bagi mengatasi masalah harga motosikal yang tidak tetap dan dimanipulasi secara melampau oleh pengedar tidak bertanggungjawab.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh…
Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…